Sunday, September 1, 2013

 RESEPI NASI TUMIS


Bahan-bahan ( 4 orang )

  • untuk nasi
  • 1 tin beras (saya guna tin susu sejat 400gm) dan 1 1/4 tin air
  • 1/2 biji bawang merah besar - potong dadu
  • 3 - 4 sudu makan minyak masak
  • sedikit garam dan serbuk perasa ikut citarasa
  • untuk sambal
  • 3 sudu makan cili kering yang telah dikisar halus
  • 1 biji bawang merah besar - potong dadu
  • 1/2 biji bawang besar kuning - potong dadu
  • sedikit belacan
  • sedikit air asam jawa - nak masam lebih, kena tambah la asam jawa
  • sedikit garam, gula dan serbuk perasa
  • ikan bilis yang telah digoreng garing
  • kacang tanah yang telah digoreng - cam dalam nasi lemak tu
  • 5 sudu makan minyak masak

Cara-cara

  1. Untuk nasi. Masukkan minyak dalam kuali dan tunggu hingga panas
  2. Masukkan bawang. Kacau supaya x hangus
  3. Ble dah naik bau, masukkan beras yang telah dibasuh dan ditoskan
  4. Kacau selama lebih kurang 5 minit. Pastu masukkan 1 1/4 cawan air
  5. Masukkan garam dan perasa secukup rasa
  6. Biar sekejap. Pastu masukkan dalam rice cooker. Biar hingga masak. ( Saya lebih suka kukus)
  7. Sambal. Masukkan minyak dalam kuali dan biar panas.
  8. Masukkan bawang merah besar dan bawang besar kuning. Kacau hingga naik bau
  9. Masukkan cili kering yang telah dikisar dan kacau hingga pecah minyak (Kalau tak, takut nanti sambal tu rasa pahit coz cili x masak)
  10. Masukkan air, belacan dan air asam jawa. Biar agak pekat ckit baru masukkan garam, gula dan serbuk perasa
  11. Ble sume dah cukup rasa, boleh la angkat sambal tu.
  12. Pastu hidang la cam saya tunjukkan dalam gambar kat atas tu...
  13. SELAMAT MENCUBA - Sedappp.. klau x, xkn la husband I makan sampai 2 pinggan

 RESEPI DAGING GORENG BERLADO

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 300 gm daging
  • 10 batang lada merah hidup
  • 1 biji bawang besar
  • 3 tangkai daun sup
  • 1 biji limau kasturi
  • buter dan minyak masak
  • garam dan perasa

Cara-cara

  1. daging dibersihkan,hiris nipis dan gorengkan (nak garing sikit pun okay)
  2. lada merah diblend hingga halus(guna blender kering yee)
  3. bawang merah dimayang,daun sup hiris kasar
  4. panaskan buter dan sedikit minyak.
  5. tumiskan daun sup diikuti bawang besar yang dimayang tadi hingga layu.
  6. masukkan lada yang diblend tadi,tumis hingga naik minyak
  7. bila telah mesra kuah nin masukkan daging goreng tadi,garam dan perasa.kacau dan perasakan
  8. masaklah hingga kuah sebati dengan daging,sebelum padamkan api perahkan limau kasturi.kacau lagi.

 RESEPI NASI PULUT AYAM

Bahan-bahan ( 6 orang )

  • 3 cawan beras pulut
  • 300gm Ayam tanpa tulang (dihiris nipis)
  • 1 gengam tangan udang kering (dicuci)
  • 4-5 cendawan shiitake kering(direndam dan dihiris nipis2)
  • =Bahan-bahan A=
  • *2cm halia (*dikisar)
  • *1 ulas bawang putih
  • 1 sudu kecil gula halus
  • 1 sudu kecil minyak bijan
  • ½ sudu besar sos tiram
  • ½ sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil tepung jagung (yg berwarna putih)
  • =Bahan-bahan B=
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 2 biji bawang merah kecil (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • *1 sudu besar kicap hitam
  • *1 sudu besar sos tiram
  • *½ sudu kecil garam (atau secukup rasa)
  • *½ sudu besar minyak bijan
  • *Serbuk lada putih secukupnya

Cara-cara

  1. Persediaan Awal:Pulut direndam dalam air selama 3-4 jam. Ayam dihiris dan diperap degan bahan-bahan A sekurang-kurangnya ½ jam (simpan dalam peti sejuk).
  2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang, masukkan udang kering dan cendawan. Goreng sampai nampak kering.
  3. Masukkan pulut (tanpa air) dan goreng utk 1-2 minit. Masukkan semua bahan-bahan B* dan kacau sehingga rata. Matikan api.
  4. Lapis 6 mangkuk kecil dengan 4-5 hirisan ayam yg diperap, isikan nasi pulut tadi 3/4 penuh. Kalau nak kukus dalam 1 loyang besar pun boleh tapi masa kukus lama sikit.
  5. Kukus selama 30 minit atau sampai masak. Padamkan api dan biar nasi dalam kuali ke steamer utk 5-10 minit. Kalau terus keluarkan lepas kukus, permukaannya akan jadi kering.
  6. Terbalikan nasi pulut ke atas pinggan dan hiaskan degan hirisan chili jika suka. Sedap juga dimakan dgn chili sos yg pedas. 



Bahan-bahan ( 6 orang )

  • 1 ekor ayam, dipotong
  • pes tomyam
  • 2 cm lengkuas dan halia, diketuk
  • 10 biji cili padi, di pecahkan
  • 1 batang lobak merah, potong tebal dan serong
  • 1 mangkuk kecil bunga kubis
  • 1 mangkuk kecil kubis cincang
  • 2 biji tomato, belah empat
  • daun limau purut
  • 1 batang daun ketumbar, potong 2 inci
  • garam dan gula secukupnya

Cara-cara

  1. Rebus ayam hingga separuh masak dengan lengkuas, halia, serai dan pes tomyam secukup rasa.
  2. Masukkan lobak merah, kacau sebentar kemudian masukkan bunga kubis, kubis dan akhir sekali tomato dan daun limau.
  3. Biarkan sup tomyam mendidih. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Taburkan daun ketumbar dan hidang panas.


 RESEPI AYAM MASAK MERAH

1. 3 bawang merah dan 3 cm halia 2. 4 ulas bawang putih 3. Cili boh 4. kicap manis dan masin 5. Sos cili dan tomato 6. minyak masak gula dan garam 7. ayam yang telah digoreng Langkah 1.kisarkan bawang dan halia 2. tuangkan minyak masak kedalam kuali 3.masukkan bahan yang telah dikisar tadi. 6.masukkan cili boh( mengikut citarasa anda jika nak lebiih pedas letak lebih) 7.Masukkan ayam yang telah digoreng gaulkan kesemuanya 8. masukkan sedikit kicap masin, kicap manis,sos cili, sos tomato, garam gula megikut rasa. 9. hidangkan ayam masak merah ke dalam mangkuk. 10.hiaskan bersama daun sup dan bawang goreng 11. Ayam masak merah sedia untuk dimakan Selamat mencuba. 9.