Sunday, September 1, 2013




Bahan-bahan ( 6 orang )

  • 1 ekor ayam, dipotong
  • pes tomyam
  • 2 cm lengkuas dan halia, diketuk
  • 10 biji cili padi, di pecahkan
  • 1 batang lobak merah, potong tebal dan serong
  • 1 mangkuk kecil bunga kubis
  • 1 mangkuk kecil kubis cincang
  • 2 biji tomato, belah empat
  • daun limau purut
  • 1 batang daun ketumbar, potong 2 inci
  • garam dan gula secukupnya

Cara-cara

  1. Rebus ayam hingga separuh masak dengan lengkuas, halia, serai dan pes tomyam secukup rasa.
  2. Masukkan lobak merah, kacau sebentar kemudian masukkan bunga kubis, kubis dan akhir sekali tomato dan daun limau.
  3. Biarkan sup tomyam mendidih. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Taburkan daun ketumbar dan hidang panas.

No comments:

Post a Comment